Tuesday, January 31, 2012

Pregnancy is Contagious






So it is true.

As at last Sunday, saya dah berjaya jumpa empat orang yang related & rapat yang sekapal dengan saya tahun ini :)




Mula-mula, two three days selepas dapat tahu saya pregnant my immediate bos telah memberitahu yang beliau pregnant - One down, three to go! Hehehe. Congrats boss untuk anak ke-3 ini.




Then about two weeks later, my officemate a.k.a teman lunch pula bagitahu yang beliau pregnant juga. Two down, two more to go! Congrats Ifa. Tahun 2010 dulu pun kita sesama, tahun ni pun kita sesama juga sibuk-sibuk membawa perut. Comel!




Last weekend iaitu hari Sabtu adalah yang paling best sebab sesampai je kat rumah mak, adik bagi yang my 2nd sister tengah tak larat baring dalam bilik sebab dia pun pregnant jugak. Actually, dia baru je dapat tahu malam itu. Wahhhh! Congrats adik. Tahun 2012 ni Along deliver dulu then baru you. Dulu masa 2010, u deliver Sakinah dulu pastu baru I deliver Haidar. Hehehe. Bestnya! Bestnyaaaa! :)

Then my cousin yang paling rapat dengan saya pun datang jugak ke rumah mak saya Sabtu lepas. Dia dan family baru dia dijemput sempena upacara makan-makan Harijadi adik saya Asiah. And the good-news is....seperti yang dijangka oleh anda semua. Dia juga pregnant, baru dapat tahu juga 2-3 hari lepas. Best! Best! Best sangattttt! Congrats cousin on your second pregnancy.

There you go - Four of preggie mommy onboard and if termasuk saya ada lima orang lah. Hehe. Hopefully, everyone will have a smooth sailing & proses penzahiran baby nanti akan dipermudahkanNya.




Thanks Allah for your rezeki yang melimpah ruah untuk kami semua.

Ralat - Actually, ada seorang lagi yang sekapal dengan saya iaitu myBFF, sekarang dia dah 8 weeks. Sorry Srie cayang. I terrrr...lupa sangat nak masuk kamu dalam list ni sebab kamu jauh di sana. Jangan kecik-kecik hati please, orang preggy tak baik kecik-kecik hati nih. Hehehe.






Nanti bila semua dah sarat, marilah kita berfoto bersama-sama macam ni ye. So sweet!
Source: Google








Friday, January 27, 2012

Second Check-up For My Second Baby & Fibroid


Hi semua. Salam Jumaat. Pagi ini baru jumpa mood nak menulis.




Check-up adalah pada hari Rabu 25.1.212. Dua hari lepas. Sampai klinik pada jam 8.20 pagi, rilek jela coz ingatkan masih awal rupanya saya adalah orang yang ke 54 kalau mengikut nombor giliran. Think positive dulu, mungkin orang je ramai tapi servis laju. So, tunggu punya tunggu almost 10am baru dipanggil untuk check HB, then blood test the next half and hour, then urine test lepas tu. Around 12.15 kot barulah dipanggil masuk bilik untuk check perut & blod pressure plus timbang. Berat ada turun sikit and current weight sekarang adalah 48.7kg. Ringan betul. Huhu. Takpelah, asalkan ibu dalam keadaan sihat. Then dah dapat nasihat sedikit sebanyak, kena tunggu lagi di luar untuk jumpa doktor pulak. Dah jam 1.00pm baru number naik untuk jumpa doktor pulak. Phewww! Letih ahkak menunggu. Dalam bilik pemeriksaan tu, doktor tanya history of previous pregnancy/ baby pastu saya disuruh baring untuk check perut. Saya tanpa membuang masa terus request untuk scan pleaseee wahai doktor yang comel & dia pun "okay, kita scan ye" Hehehe.






Alhamdulillah, nampak baby-baby bergerak aktif walaupun usia baru 13 minggu, nampak kaki & tangan dia yang comel dok wiggle-wiggle sambil baring. Senyum je saya tengok & kan best kalau hubby ponteng kerja pastu teman saya sekali untuk tengok miracle kali ke-2 ini. Hehehe. Masa tu doktor scan dengan agak teliti sambil ukur berat & kepanjangan baby-baby.






Suddenly...






"Erm, saya nampak macam ada lump yang pelik la kat atas ni (sambil tunjuk kepada skrin di kawasan luar rahim betul-betul atas kepala baby) and she continues scanning, this time dia tekan kuat sikit untuk menampakkan gambaran yang lebih jelas sambil ambil ukuran lump tu. Then doktor cakap lagi "nampak macam fibroid, Awak ada rasa sakit perut tak?" and I was like " Takde pulak sakit apapun setakat ni. Erk, bahaya ke doktor? Apa kesannya pada kandungan saya?" Doktor yang baik hati tu pun sambil bagi saya tisu untuk lap sisa-sisa gel tu bagitau "Sepatutnya fibroid ni tak bahaya but if it's grow bigger memang boleh effect kandungan, takpelah saya bagi referral letter ni untuk awak rujuk pakar O&G dulu ye,"






Habis semua jam 1.30pm, saya terus ke Kafe mengisi perut, risau tapi lapar jadi makan jugalah walaupun rasa tak sedap je nak telan. Lepas tu, saya terus ke hospital untuk buat appointment.






Takut. Apakah akan ada komplikasi lagi? Harapnya bukanlah sesuatu yang serius dan merbahaya. Nampaknya kena tunggu lagi dua minggu untuk next appointment dengan pakar O&G. Berdebar-debar jantung ini.






Later i update lagi ok.






Bye-bye kesayangan semua, doakan kesihatan saya dan baby-baby dalam perut ni. Terima kasih.






Wednesday, December 28, 2011

First Check-up For My Second Baby

Hi semua.


Saya adalah dalam mood excited masa keluar dari office untuk buat check-up pada jam 11.30 pagi tadi. Teringat-ingat kenangan masa excited nak check-up Harits dulu.

Mula-mula saya menuju ke Klinik Kesihatan (KK) di P3 dulu, then bila sampai sana. Dia kata saya tak boleh register buat buku merah kat situ sebab saya tinggal di P11 dan kena buat buku di klinik berdekatan kawasan kediaman. Hummm... Baiklah, tapi agak terpotong sikit mood di situ nasib baik layanan misi di klinik itu adalah baik-baik belaka. Lepas saya di beri nombor telefon klinik berdekatan dengan rumah tu, saya pun bergegas ke sana. Sebelum sampai saya call dulu. Actually dah sampai pun depan klinik tu baru saya call (excited punya pasal. Hehehe) Then misi tu told me that saya kena datang balik pukul 2pm sebab diorang tak tak ambil new patient nak dekat-dekat lunch hour ni. Nevermind, 5minute after that sayapun Pling! dah ada depan rumah. Kehkehkeh. Dah kata klinik dekat dengan rumah ye dak? Sampai-sampai je Harits tengah nyenyak tido, saya pun amik kesempatan taking my power nap whil my MIL tengah cooking. Saya bukan pemalas ok, saya nak tolong MIL saya masak tapi dia yang insist saya suruh pergi naik dan rehat. Hehe.


Then after lunch, Harits pun dah bangun dan dah suap dia makan. Saya pun kembali ke klinik tepat-tepat jam 2.05pm dan saya adalah oran ke-2. Yeay! Register first untuk buat buku merah pastu Nurse mintak saya timbang sendiri and my current weight is 50.3kg. Still kurus la kan? Lepas tu pergi pee untuk check urine. After urine nurse cucuk sikit jari untuk buat HB test. Saya kena buat 2 kali coz first reading adalah sangat rendah iaitu 10.4 je but bila Senior Nurse buatkan procedure tu my HB is actually 12.2. Yeay! Ibu sihat dan tidak anemic. My blood pressure pun normal which is 98/60.


Masuk pulak dalam examination room saya diinterview sedikit sebanyak pasal previous birth history and my family medical history. Because my mom pernah kena Breast cancer saya diminta untuk baring untuk buat breast examination. Tapi mungkin semua orang pun kena kot, pandai-pandai je saya ni. Hehe. After that nurse check perut saya. Still tak rasa lagi katanya but worry not coz it's still early. Sambil tu dia advice yang masa first trimester ni yang kena jaga betul-betul sebab baby baru nak develop semua sel penting. Jaga pemakanan dan yang penting iron tablet/ acid folic kena makan secara konsisten. Lagi satu dia advice, iron tablet tu kena makan sejam sebelum breakfast to make sure it is fully absorb dan tak sesuai diminum bersama kopi, teh, susu dan minuman berkafein. Paling bagus minum bersama jus buah ataupun air suam. Reminder untuk saya dan kawan-kawan juga :)


Oklah, saya nak balik dah. Tak sabar nak tengok Tentang Dhia. Byebye!


Thursday, December 22, 2011

Harits Haidar - Fourteen Month

At this stage, dia dah menunjukkan perkembangan yang amat mengalakkan. Berjalan especially dah semakin laju, sometimes nampak macam nak berlari pun ada. Bila dah laju macam berlari tu confirmlah ada scene terjatuh tersembam sebab kaki tak sync lagi. Huhu. It's a learning process but setakat ni tak adalah sampai cedera berdarah semua, Alhamdulillah. Mintak dijauhkanlah daripada perkara yang tidak baik.

Selalu dah boleh tahu bila daddy dah siap-siap nak keluar, mesti akan depangkan tangan mintak dukung, nak ikut daddy keluar. Kalau tak bawak confirm menangis & kalau tengah mood tak baik mesti akan mengamuk lama-lama bagi pujuk dengan nens pun tak jalan. Huhu.

Sebut "Allah" dah clear tapi kalau suruh cakap "Allahuakbar" jadi "Allahbau". Sambil sebut tu buat angkat takbir. Hehe. Comel je hansome ibu tu... Baru-baru ni dia dah reti sebut "duck" banyak-banyak kali. Pastu everytime nampak moto mesti mulut dia bising buat bunyi vromm-vrommmm. Huhu. Hasil didikan daddy dia la nih. Selain tu, dah pandai pusing bukak tutup bedak main bedak & tabur-tabur satu bilik. Haha. Gelak jela kami suami isteri tengok gelagat si tecik nih. Kalau ibu tengah jemur kain, confirm dia akan tolong sekali. Sometimes dia tolong angkat baju kat jemuran, sometimes dia akan amik baju dalam laundry basket tu dan masuk dalam baldi kosong yang lain. Jadi kerja je semua benda pun.

Sekarang bila tanak makan dah pandai tutup mulut rapat-rapat & kalau kita paksa jugak mesti dia akan tolak tangan kita, sometimes sampai terjatuhlah makanan tu.
Dia dah mula kurang minum susu formula waktu siang, paling banyak pun tiga kali sebanyak 4oz tapi kalau nens waktu malam masih bangun dengan kerap jugak dalam 3-4 kali satu malam. Phewww...

Semenjak dah preggie baby no.2 ni, Harits punya clingy adalah semacam, manja pun semacam. Sentiasa nak kat ibu ja pastu nak naik duduk atas perut ibu kalau ibu tengah baring-baring. Kesian dia, tak bolehlah atas perut yang, atas kaki takpe ye sayang :)



Lastly, ini gambar terbaru dia time baru bangun tido dan tengah buat "bisnes yakyak" pagi tadi. Hehe. Serius je muka tu. Nanti Harits dah pandai cakap betul-betul bolehlah start potty training sebab dia dah pandai squat masa dok yakyak tu. Hehe.

Tuesday, December 20, 2011

One Step Closer


Jumaat lepas selesai proses mengambil kunci. Selepas ambil kunci terus bergegas pergi ke rumah untuk membuat inspection kerosakan, setakat ini yang rosak adalah flush bilik air kedua and yang lain adalah dalam keadaan baik-baik saja. Syukurlah!




Gugusan kunci yang memeningkan kepala. Hohoho!



Then on sunday mintak tolong my lovely biras a.k.a hubby's SIL untuk tolong basuh rumah. Sampai-sampai je my hubby terus mop rumah belah atas pastu basuh toilet semua. Dalam half and hour later my biras pun sampai dan hubby's cousin pun datang sekali nak tolong kami cuci rumah. Alangkah baik hati mereka, hanya Dia yang dapat membalas budi kalian. Rumah kami pun dah cantik berseri-seri sekarang ni. Thanks a bunch guys! Saya memang tak boleh nak buat apa sangatlah. Setakat lap-lap counter table cabinet and grill yang berhabuk ajelah yang mampu. Now, tunggu masa untuk berpindah dan mula mendeko! huhu.



Budak ni rajin betul! Dia nak tolong mop rumah jugak. Hehe,


Friday, December 16, 2011

For Every Two Lines - You Need To Read Between Them ; Syukran Ya Allah

And here we go, the greatest news out of the greatest.







8 Disember yang lalu, about a week ago. The day is Thursday and the hour is 7.30 am. Hari itu saya ambil cuti untuk selesaikan hal-ehwal kemasukkan ke rumah baru kononnya. But itu tak penting sangat sebab takde apa yang selesai pun hari tu. Kahkahkah.

Yang penting adalah cerita ini. Jadi. pagi itu telah decide untuk mengambil sekali lagi ujian pengesahan dengan menggunakan alat yang lebih mahal dan lebih canggih. Haha. Ok, mahal tu Rm14.90 ye harganya. Selepas selesai, tunggulah dengan tenang kemunculan yang dinanti...1,2,3 go! Dup dap dup dap...mula-mula segaris saja yang merah but tiba-tiba samar-samar nampak garis yang kedua timbul, makin lama makin jelas. Ya Allah syukur Alhamdulillah. Telahan selama dua minggu telah terbukti tepat. Lepas ambil gambar sekeping dua, saya telangkupkan alat ujian tersebut dan terus ke dapur minum susu segelas dan telan Folic Acid yang masih berbaki masa pantang Aish dulu. Ok, now boleh mandi. Hehehe.

After that kejutkan Hubby tapi Aish yang bangun. Saya dah bisik kat Aish "Congrats, Abang Kecik". Hehe. Then, Aish pulak kejut daddy. Daddy bangun, lepas bergurau sedas dua dengan si hansome bushuk masham tu dia pun mengambil towel untuk mandi. Sambil tu saya iron baju. Lama juga saya tunggu reaction from Hubby dari dalam kamar mandi tu, dalam dua tiga-minit jugalah. Finally dia menjengulkan kepala dan jerit pada saya, "Baby tak cakap kat orang punnnn?" Saya terus tergelak dan cakap "Suprise!!! Congrats daddy, awak akan ada second baby soonnn"






Ya, saya kini sedang hamil 7minggu untuk baby yang kedua. Macam ticker yang saya update kat atas dan kat tepi sidebar tu cakap. Kali ini tidak dirancang, accidentally on purpose pun bukan but kami sangat-sangat happy dengan peluang kedua yang Allah kurniakan ini. Syukur, syukur dan syukur. Semoga kehamilan kali ini membawa sejuta barakah, berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi yang serious. Setakat ini, saya cuma berasa loya dan mual setiap kali selepas saya makan dan masa saya memandu but tak pernah lagilah saya muntah yang betul-betul. Harap alahan kali kedua ini tak seteruk yang pertama dulu sebab ada hero kecik yang sedang melasak untuk dijaga ni.

For our baby-baby, we (Ibu, Daddy & Abang Aish) tak sabar mahu jumpa kamu. Duduk dalam tu elok-elok ok. Ibu plan untuk start check-up bulan depan kat kawasan rumah baru kita ja, senang nanti nak buat buku baru terus kat sana. Harap semuanya akan baik-baik saja.

Terima kasih Allah!