Monday, December 31, 2012
Wednesday, December 26, 2012
First Experience Naik Plane With My Babies Harits Haidar & Ara Adney
Last week (14-16 Disember) Friday-Sunday kami anak-beranak balik kampung Alor Star coz ada Ismi Family Day 2012. Family-family yang terlibat adalah family hubby sebelah mama dia. Sebabkan short weekend je and taknak amik cuti Jumaat & Isnin dan untuk mengelakkan kepenatan travel by car ke Utara, kami pun decide lebih kurang sebulan lebih yang lalu untuk naik flight pergi dan balik.
Nak bagi senang la kononya tapi dengan Harits Haidar yang baru baik chicken pox pastu tengah melasak ke sana ke sini nak explore, rasanya penat dan susah. Adik Ara ok je sebab dia kan baby lagi, tak banyak kerenah sangat. Lagi pulak kami naik kapal terbang tambang murah yang 'now everyone can fly' tu yang tidak baby friendly langsung tu. Lagilah menambah kekalutan.
Hari Pergi
Masa packing tu konon nak light travel tapi bila siap ada 4 bag nak kena bawak. 1 hand carry (baju budak-budak), 1 beg tarik (baju makbapak) yg boleh sumbat dalam plane), 1 diaper bag (letak baju spare, diapers susu) & 1 handbag ibu. Kat situ dah nampak bayang-bayang sukar. Tapi nak buat macamana, itulah yang terpaling light yang ibu boleh pack. Bila dah anak 2 ni, lagilah macam-macam nak bawak balik. Nasiblah Ara masih susu badan.
Jam 6.15pm ke airport di hantar adik ipar. Thanks Ashue Luqman tolong hantarkan kami. Sampai je airport, terus amik trolley dan letak barang serta sorong Harits dalam tu, kami pergi duduk minum dulu. Kat foodcourt tu pun Harits dah start nak berlari keluar cari daddy dia yang pegi ciggie kat luar. Ibu kena kepit dia sampai dia terbaring-baring atas lantai. Pastu dapat lepas dia berlari sorang-sorang keluar. Ibu pun kejar sambil dukung Ara. Tinggal je bag semua kat meja masa tu. Lantaklah. 8minit duduk situ tapi rasa dan macam berjam-jam. Lepas tu terus kami nak masuk boarding area, tapi trolley mana boleh bawak sampai situ kan? Maka, Hubby pun mengusung la beg tarik plus hand carry & dukung Harits sambil beratur nam masuk scan badan tu. Harits dah struggle nak turun. Aisehhh.. geramm je ibu tengok. Dahlah orang ramai kat LCCT tu, orang jahat pun ramai kot. Seram je pikir kalau dia hilang ke apa ke. Tskkk. Sabar...sabar...
7.30pm masuk dalam boarding area. Flight jam 7.50pm tapi rupanya delayed to 8.30pm. Harits pun suka-suka je nak berlari ke sana-sini dalam boarding area ni. Tak penat-penat nampaknya. Seat semua dah penuh kat sini so, hubby decide lepak dalam 1 cafe kat situ. Duduklah kami 4 beranak makan sandwich, guava juice & nescafe tin - duaploh hinggit. Mahai nau! Hahaha. But no choice. Pastu daddy bwk Harits pegi beli Lolliopp & cookies Famous Amos. Diamlah dia kejap makan lollipop & cookies dalam 20min macam tu. Ara pulak masa ni Ibu dukung dah tido, so ibu pun tak dapat nak gerak ke mana-mana. Makanya, daddy jela yang dok layan dia dalam tu.
Masuk dalam plane pukul 8.30pm. Orang punyalah ramai beratur nak naik plane malam tu. Kita ni sambil dukung Ara tolong jugak daddy tarik beg sampai ke tangga plane sambil daddy dukung Harits & gendong hand carry luggage tu sampai tangga plane tu jugak. Pastu passed bag kat daddy, Harits kita pimpin naik tangga. Daddy gendong bag naik atas kapal terbang. Kesian gila kot kat daddy.
Mula-mula kita semua dapat seat asing. Ibu & Ara duduk kat depan, seat no.8B tapi Harits & daddy dapat seat 24B, 24C kat belakang nun. Kesian lagi sekali kat husband masa tu. Kalut habis. Nak letak bag kat atas lagi, dengan Harits taknak pakai seat belt lagi, menangis2 la dia. Pastu dah minum susu, susu habis pulak la. Adoilahhh....Ara pulak dlm plane dia bangun pastu nangis-nangis,merengek-rengek. Maybe tido tak cukup pastu tak selesa nak nenen dalam tu. Sempit. Kesian sangat Ara. Bila dah take-off semua dah ok, seat belt dah bole bukak, Saya mintak tukar seat dekat dengan huband. Nasib baik ada seat kosong di aisle sebelah. Dapatlah duduk sebaris dengan diaorang. Harits nampak ibu terus nak bangun pulak duduk dengan ibu pastu terpaksa passed ara dengan daddy. Dalam plane, nak membunuh masa, ibu bwk Harits pegi bilik air pastu dia nak jalan2 pulak kat tengah tu then dia bole baring, merangkak-rangkat kat situ. Ya Tuhannnn. Urut dada mak kau nak. Hahaha.
Bila nak turun, kena pakai seat belt and dorang tutup lampu. Menangis lagi taknak. Nasib baik iphone daddy ada. Bagi dia main angry bird terus ok.
.....
Hari Balik
Flight jam 9.10pm. Bertolak jam 7.30pm daripada rumah mertua. Singgah jap makan nasi Royale. Ara dah siap2 susukan masa dalam kereta. Masa ni kawan husband hantar. Sampai Airport macam dah dijangka Harits nak main tolak trolley. Bagilah dia tolak sampai dalam. Nak tolak sendiri tanak bagi ibu & daddy pegang okay. Hahahaha. Sabar jelah. Pastu kami terus masuk boarding area. Masa beratur untuk security check kat sini pun Harits nak pegi lari-lari jugak. Memang active sungguh budak ni. Ara behave je, dah kenyang. Alhamdulillah.
Tapi kali ni dapat seat kat boarding area, terus pasang Angry bird kat Harits bagi main. Lega juga dia nak duduk diam kejap. Then bila orang semua dah habis beratur nak masuk plane, baru kami masuk. Luckily masa balik ni dapat jugak seat sekali. So, Ibu duduk tepi tingkap sebab senang nak susukan Ara, Harits kat tengah-tengah and Daddy kat luar sekali. Bagi dia makan gula-gula pastu pakaikan seatbelt. Dia nangis-nangis jugak tapi buat bodo jela. Susukan Ara lepas tu terus dia tido je sepanjang perjalanan balik. Alhamdulillah. Abang Harits pulak bagi dia minum susu masa nak take-off then main Angry Bird lagi sekali untuk kawal keadaan. Lepas dia dah penat main, bg minum susu lagi sekali sambil dia baring kat daddy. Lepas sudah minum susu, panjat2 la kerusi sebab tak kena ikat dah. Huhuhu. Then nak pakaikan seat belt balik melalak-lalak tamau but kenalah pakaikan jugak kan. Pastu dorang tutup lampu pulak untuk mendarat. Bising la mulut dia suruh "bukak ampu, bukak ampu" Shian Harits. Dia tak paham lagi.
Sampai rumah jam 11.30pm. Kami balik naik cab kena RM64 from LCCT to Putrajaya. Dalam cab Harits pulak yang tido, Ara bangun. Tapi perjalanan balik agak smooth Alhamdulillah.
.....
Kesimpulan
- Lepas ni kalau nak balik kampung, naiklah kereta sahaja.
- Naik kapal terbang bila anak-anak dah besar sikit contoh Harits dah 4tahun ke, dia dah boleh paham kan..Ara InsyAllah OK dan terkawal sebab dia baby girl. Tak melasak sangat kot. Kottt...
- Sekiranya emergency sangat barulah naik Air Asia. Kalau ada duit lebih tu kena consider spent untuk naik MAS yang lebih baby/ kids friendly.
Tapi muka Harits Haidar first time tengok kapal terbang besar tinggi depan mata dia adalah priceless. Siap menjerit2 seronok. Ini paling WIN. Satu-satunya paling best pasal naik Air Asia adalah boleh tengok kapal terbang besar depan mata secara dekat :)
Sekian, kisah pertama kali anak-anak saya menaiki kapal terbang.
Wednesday, December 19, 2012
Monday, December 17, 2012
Hari-Hari Berangan...
Nak tulis setiap hari, atleast selang sehari. Tapi tiba-tiba akhir tahun di pejabat ni saya menjadi super busy yang teramat busy. Kalau kat rumah lagilah, jangan harap nak hadap laptop ke hape ke.
Takpelah...
Nanti saya cuba tulis lagi betul-betul. Dah rindu sangat ni pastu kesian Cik Ara Adney, tak pernah lagi ibu update progress awak kat sini. Hihi. Jangan marah ye dik.
Esok kalau dah tak busy akan cuba menulis lagi pastu nak tukar header blog dengan gamabar baru semua. Hummmm... *berangan*berangan*berangan*
Angan-angan itu perlu. Angan-angan itu free.
Okbai.
Friday, November 16, 2012
Kisah Kelahiran Nur Ara Adney
Alhamdulillah. Akhirnya dikembalikan mood untuk menulis. Lama gila tak tulis kat sini. Lagipun sempena Ara dah 3 bulan pada 11.11.2012 hari Ahad lepas, marilah imbas kembali kisah kelahiran (yang ingat-ingat lupa) anak kedua saya tersebut. *sambil belek tengok kelendar*
9. 8. 2012 (Khamis) - Hari Masuk Wad
Menyerah diri secara sukarela di Hospital Putrajaya pada lebih kurang jam 3pm. Masa ni dah overdue 7 hari dari EDD yang sepatutnya pada 3. 8. 2012 (Jumaat). Ingatkan masuk-masuk je wad terus boleh induce, rupanya salah telahan kami. Haha. Bermalam dulu 1 malam sambil menanti contraction secara natural but nan hado. Mild contraction je pun. Syokkk ye adik dok dalam perut ibu? Hahaha.
10.8. 2012 (Jumaat) - Hari Kena Induce
Seawal jam 7am saya dah bersiap nak ke procedure room untuk di induce. Tepat jam 7.30 pagi doktor pun sampai dan check bukaan (VE), masih lagi 1cm dan doktor masukkan setengah biji pil kat bawah untuk induce. 1/2biji pil je dimasukkan sebabnya saya dulu operate so, doktor taknak bagi pressure yang terlalu kuat pada rahim, takut pula risiko rahim pecah.
Lepas je induce saya di suruh berehat sejam. Pukul 10am dah terasa kesakitan yang banyak and its gradually increased. Makin lama makin sakit. Buat breathing technique. Mulut tak henti baca Selawat & zikir Nabi Yunus dalam perut ikan nun "Laiilaha Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntum Minnazallimin". Pukul 12 tengah hari check VE lagi, bukaan baru 2cm. Tapi masa lunch hour masih boleh makan KFC yang adik bawak walaupun sakit. Hihihi. Thanks Ijah for your support and tips. Then, petang pulak husband datang, mak mertua datang, Ijah pun datang lagi bersama mak untuk bagi support. Terharu sangat dengan sokongan moral drp semua. Masa ni mertua cakap muka saya dah takda sunyum. Sikit2 berkerut tahan sakit yang rasanya datang every 5minutes. Crazy man! But saya masih boleh bawak berjalan pusing ward & practise breathing technique yang belajar dari aishah. Pukul 6pm doktor suruh masuk balik procedure room untuk buat VE lagi and still bukaan 2cm. Masa ni doc kata kalau malam ni takde progress esok akan masukkan lagi 1/2biji pil tu.
Jiran sebelah yang kena induce sama-sama dengan saya pagi tadi dah selamat ke labor room pukul 4pm macamtu & selamat bersalin jam 7pm. Saya pulak masih menahan sakit contraction. Dia masuk ward balik lepas selamat bersalin jam 8malam++ macam tu tengok saya dok terbaring kat kat katil menahan contraction. Kejap-kejap saya mengerang. Dia pun risau, pastu tanya nak panggil nurse tak? Saya kata tak apa, nantilah kejap lagi. Last-last pukul 10 malam macam tu, dah tak tahan sakit sangat saya pun roger sama nurse. Mujur jugak masa tu doktor tengah round, doctor pun prepare alatan, check bukaan tengok-tengok dah 4cm. Padanlah sakit gila babs! Then doktor suruh nurse prepare pulak alatan untuk pecahkan air ketuban. Cucuk punya cucuk. Kebushhh...terasa air panas yang banyak gila mengalir keluar. Dorang masukkan ubat berak, terus pegi berak dulu pastu baru roger husband dalam pukul 11.30pm kalau tak silap. Husband cerita, masa tu dia kat rumah ada abang & akak ipar datang. Dorang pun siap nervous sama-sama dan sempat bagi tips kat husband dlm Labo room nnt kena buat apa. Hahahaha...so suwittt :) Call mak, adik angkat and cakap mak tengah tido. Pesan kat dia suruh mak doakan coz along dah nak masuk Labor room. After that, terus je nurse wheel ke Labor room, tak tunggu husband pun, hubs dorang suruh tunggu kat sana je.
11.08.2012 (Sabtu) - Hari Bersalin
Kat Labor room agak lama menahan sakit yang menggila, start dari jam 12am sampailah ke 4am. Tapi bukaan baru 6cm, dengan adikbaby tido je dalam perut. Memang tak membantu sangat untuk push herself out. Saya setiap kali kena goyang-goyangkan perut kejutkan adikbaby suruh bangun tolong ibu. Mulut memang tak berhenti berzikir. Perut taklah lapar tapi agak haus, nasiblah husband senyap-senyap seludup masuk air zamzam dan kurma bagi menambah tenaga. Masa tak tahan sakit tu mintak cucuk ubat kat bontot tapi doktor kata dah terlambat sebab dah 6cm and dia offer laughing gas tapi saya tanak, takut nnt masa nak push mamai. So, merasalah mempushing baby secara natural semuanya. Huhuhu.
Sakit contraction masa ni adalah sakit gila yang macam nak syahid je rasanya. Dalam bahasa kasarnya "Sakit nak mampos!" sorry sebab bercakap kasar but memang sakit nak mati rasanya. Apatah lagi bila rasa nak meneran tapi disuruh tahan, jangan teran. Masa ni breathing technique ke, doa apa2 ke, zikir ke semua dah tahleh nak baca sebab terlalu sakit. Saya siap suruh husband yang bacakan selawat and zikir nabi yunus tu sambil gosokkan belakang and gosok kepala. Dia hulur tangan suruh pegang pun saya tanak. Sakitnya sampai saya rasa pegang besi tepi katil lagi puas untuk bantu tahan sakit ni.
Masa dah 5.30pagi macam tu sakit yang maha dasyat datang. Tak tahannnn oi! Saya hanya boleh sebut Ya Allahhhh...Ya Allah...menggigil tahan sakit tu. Husband masa ni dah keluar nak pegi solat Subuh & tido kejap sebab dia rasa macam lama lagi saya dalam Labor room tu. Then, pukul 6.15pagi dah tak tahan sangat sakitnya dah saya jerit panggil lagi nurse cakap "rasa nak terberak sangat ni," pastu nurse tengok and godek2 bawah tu & dia kata "OK, dah 10cm tapi tunggu kejap," TUNGGU KEJAP? Korang buat lawak ke haa? Saya try la tahan jugak, husband pun dah masuk time ni sambil nurse semua sibuk siapkan apetah, tak nampak.
By the time di suruh push saya dah get ready into position & husband pun tolong angkat badan tampung belakang saya. Mulut dia tak berenti bagi kata-kata semangat. Saya pushhh sekuat hati. Tak keluar apa. Kali kedua pushhhhh! tak keluar jugak and then pushhhhh lagi terus doktor kata kami potong sikit ye, nak tolong puan... Dalam hati rasa potong jela apapun, tak kisah dah. Saya push lagi, sampai berbunyi2 meneran tu tapi salah push pulak. Muka je yang memerah tapi kat bawah takde efek apa. Hahaha. Husband pun cakap "pushlah betul-betul," Mana nak tau, kita dah rasa macam betul dah meneran macam tu. Doktor cakap, puan push macam nak berak sembelit tu. Teran betul-betul. Baiklah, saya cuba lagi. Pastu tiba-tiba contraction stop, lama jugak dalam 5minit macam tu kot. Saya pun stop pushing and nurse check heartbeat baby kata "puan, jantung baby makin lemah ni, puan kena betul-betul push kali ni. Maka, dengar je nurse cakap macam tu tak tunggu contraction pun, lepas 2-3kali teran yang kuat sekuat-kuatnya sambil husband & doktor, nurse tolong bersorak sekali lahirlah puteri kesayangan kami Nur Ara Adney ke dunia fana ini. Alhamdulillah..alhamdulillah. Husband terus kiss pipi & dahi saya cakap "goodboy, eh. Goodgirl" Masa ni satu wad ketawa. Buat lawak pulak suamiku tu. Hahaha. Ampun suami
Ara Adney keluar-keluar je terus berak. Thank God tak terberak dalam perut. Lepas bersihkan najis, dorang terus letak baby kat dada saya. Subahanallah, pengalaman melahirkan memang magis. Dapat je tatap muka anak rasa sakit nak mati tadi terus hilang diganti dengan rasa lega teramat. Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas kurniaan-Mu yang sangat berharga ini. Syukur. Syukur. Syukur.
By the time di suruh push saya dah get ready into position & husband pun tolong angkat badan tampung belakang saya. Mulut dia tak berenti bagi kata-kata semangat. Saya pushhh sekuat hati. Tak keluar apa. Kali kedua pushhhhh! tak keluar jugak and then pushhhhh lagi terus doktor kata kami potong sikit ye, nak tolong puan... Dalam hati rasa potong jela apapun, tak kisah dah. Saya push lagi, sampai berbunyi2 meneran tu tapi salah push pulak. Muka je yang memerah tapi kat bawah takde efek apa. Hahaha. Husband pun cakap "pushlah betul-betul," Mana nak tau, kita dah rasa macam betul dah meneran macam tu. Doktor cakap, puan push macam nak berak sembelit tu. Teran betul-betul. Baiklah, saya cuba lagi. Pastu tiba-tiba contraction stop, lama jugak dalam 5minit macam tu kot. Saya pun stop pushing and nurse check heartbeat baby kata "puan, jantung baby makin lemah ni, puan kena betul-betul push kali ni. Maka, dengar je nurse cakap macam tu tak tunggu contraction pun, lepas 2-3kali teran yang kuat sekuat-kuatnya sambil husband & doktor, nurse tolong bersorak sekali lahirlah puteri kesayangan kami Nur Ara Adney ke dunia fana ini. Alhamdulillah..alhamdulillah. Husband terus kiss pipi & dahi saya cakap "goodboy, eh. Goodgirl" Masa ni satu wad ketawa. Buat lawak pulak suamiku tu. Hahaha. Ampun suami
Ara Adney keluar-keluar je terus berak. Thank God tak terberak dalam perut. Lepas bersihkan najis, dorang terus letak baby kat dada saya. Subahanallah, pengalaman melahirkan memang magis. Dapat je tatap muka anak rasa sakit nak mati tadi terus hilang diganti dengan rasa lega teramat. Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas kurniaan-Mu yang sangat berharga ini. Syukur. Syukur. Syukur.
Wednesday, August 15, 2012
Announcing - The Arrival of Our Little Baby Girl
Salam sayang semua.
Syukur pada Ilahi, saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal pada 11 Ogos 2012 (Sabtu). Bayi saya sihat walafiat 3.31kg dilahirkan tepat pada jam 7.12 pagi. Masuk hari ni beliau dah berusia 5 hari. Hehehe.
Sejam selepas kelahiran
Adik baby with ibu, few hours later :)
Lagi kisah mengenai detik-detik sebelum dah selepas kelahiran akan saya update kemudian. Sekarang tengah menikmati saat-saat manis bersama si kecil dan abangnya juga. Moments of Happiness untuk kali yang kedua yang taktau nak gambarkan macamana!!!
Nama? InsyaAllah, Nur Ara Adniey tapi sebab baby girl ni tak lagi didaftarkan secara rasmi, maka ejaan yang sebenar masih lagi dalam peringkat finalization oleh si daddy nya. Hehe. But apapun, Alhamdulillah sebab DIA mendengar doa hambanya ini dan memberi peluang untuk merasai pengalaman bersalin secara normal yang Subhanallah, taktau nak cakap macamana.
Till then.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin :)
Subscribe to:
Posts (Atom)




