Thursday, May 17, 2012

Baby Gender - Final Result


Baby Gender ke? actually its not Gender, it's jantina... Saya yang salah menggunakannya (Chewah, mentang-mentang baru balik kursus gender) Mari saya terangkan secara ringkas perbezaan antara gender & jantina dengan uolls semua ye)

Sex (Jantina) - Biological differences between men & women, such as women can give birth & men provide sperms. 

Gender - its about perception & relationship between men-women, boys-girls. Gender is socially constructed. Such as boys play with balls & girls play with dolls. Gender roles are dynamic & change over time.

Hope uols dah paham ye & hopefully after this kita semua akan menggunakan jargon ini dengan betul. Ok, enough babbling about this Sex - Gender issues :)


Back to the topic. Dah 2 kali kami ke klinik dengan tujuan untuk check jantina anak kedua ni. First ke Klinik Maria di Putrajaya tapi tak berjaya nampak. Second time kat Alor Star, Klinik Tanjung (tempat saya buat ultrasound masa Aishaidar dulu) pun tak nampak jugak. Baby sangat pemalu orangnya. Huhuhuhu.

So, yesterday saya ada monthly check-up di KKP3, this time ada appointment dengan doktor untuk scan. So, husband pun saya paksa ikut specially sebab nak scan ni lah. Dah settle buat routine check-up dengan nurse. Check urine - OK, check HB - not OK (10.8), check berat - Saya dah gumuk (60.7kg). Then, saya pun dipanggil masuk ke bilik doktor. Baik nampaknya doktor nih, husband pun dia bagi masuk untuk tengok proses ultrasound scan tu. Hehehehe. Actually tujuan utama nak tengok kedudukan uri dan kedudukan baby. Hummm. Not so good sebab uri masih di bawah dan baby masih dalam kedudukan melintang. (Later i'll story bout this) Sambil doktor ambil ukuran baby-baby tu dia pun tunjuklah ni kepala, perut dan lain-lain.

Kebetulan doktor tanya "dah tau ke boy or girl? Dalam hati saya kata, baik pulak doktor gomen ni nak bagitau jantina baby. Huhu. Then kami pun cepat-cepat BELUM tau lagi sebab selama ni scan tak nampak. So, dia pun dengan baik hati tunjuklah... Ini dua belah paha dia & nampak tak ni? Jeng...jeng...jeng....

So, confirm it's a GIRL. InsyAllah.

Alhamdulillah. Jika selamat semuanya kami akan dapat sepasang cahayamata by August 2012. Happy tidak terperi. Semua tolong doakan agar saya dapat melahirkan dengan normal, mudah dan selamat.









Friday, May 4, 2012

PREPARATION FOR DELIVERY - CHECKLIST FOR BABY AND MUMMY

As promised before. Here are the checklist untuk first time mummy dan refresher untuk M2B for second baby macam saya nih. Huhuhu. FYI, Checklist ni adalah hasil combination daripada blog M2B yang saya pernah baca dan saya edit berdasarkan keperluan saya sendiri. Sharing is always caring :)


CHECKLIST FOR BABY:
Breast-feeding
1. Breast pump set - 1 set (Aiming for Madela FS)
2. Breast Milk Storage Container (20pcs bottle & 1 box of liners)
3. feeding bottles & teats - 3set
4. Bottle & teat brush - 1
5. Bottle drying racks - 1
6. Nursing bra - 2
7. Breast pad - 1 box
8. Nursing Pillow - 1
9. Nipple Cream - 1

Nursery
1. Baby Cot - 1
2. Plastic Drawers - 1
3. Mosquito Net & Stand - 1
4. Crib Set (Pillow & Bolster, Cot Bumpers, Fitted Sheet, Comforter) - 1 set
5. Mattress (Latex / Foam) - 1
6. Waterproof bed pads - 1
7. Blanket - 2
8. Night Light – 1
Apparel
1. Sleepsuit - 5pcs
2. Daywear - 5pcs
3. Cloth Diapers - 12pcs
4. Disposable Diapers - 50pcs
5. Mitten and Booties - 5 pairs
6. Receiving Blankets - 1pcs
7. Swaddle/Bedung - 5pcs
8. Barut - 6pcs
9. Socks - 5pcs
10. Handkerchief - 3 pcs

Bathing & Grooming
1. Bath Tub - 1
2. Wash Cloths - 1
3. Bath Towels - 2
4. Toiletries - 1 set

Health Care & Hygiene
1. Grooming Set (Comb, Nail Clipper, Scissors) - 1
2. Medicine Set (Medicine Dropper, Medical Syringe - 1 (optional)
3. Minyak telon / Vicks - 1
4. Diaper rash cream - 1
5. Cotton bud - 1
6. Baby wipes - 2
Travel
1. Stroller/ Travel System - 1
2. Infant Car Seat - 1
3. Diaper Bag - 1
4. Travel mattress set - 1
5. Travel waterproof bed pad - 1


CHECKLIST FOR MOMMY :
1. Maternity Pads
2. Nursing Bra
3. Dispossable Nursing Pad
4. Set Bersalin ( bengkung) etc..
5. Nipple Cream Set
6. Breast Pump
7. Dettol @ Savlone utk cuci luka
8. Jeli gamat @ pati ikan haruan utk sembuhkan luka
9. Relief sore, cracked nipples associated with breastfeeding cream
10. Baju yang botton kt dpn, bertujuan senang utk breastfeed @ nursing shirt
Pantang
1. Tempah Tukang Urut - 5 sessions
2. Set Jamu Bersalin - 1 set
3. Bengkung – 2
4. Tungku - 1

CHECKLIST FOR HOSPITAL BAG :
1. Baju baby (sepasang sleepsuit & sepasang daywear)
2. Mittens & booties (2 set)
3. Kain Lampin (5 helai)
4. Diapers baby (newborn set - 10 helai)
5. Baby Blankie
6. Baby towel
7. Barut perut baby - 3 set
8. Minyak telon or yu yee
9. Cotton wool (Important untuk basuh yak-yak newborn pakai air)
10. Baby wipes (travelling pack)
11. Toilettries baby – (Top-to-toe wash, baby powder & baby oil)
12. Maternity pads - Berdasarkan pengalaman saya pakai sanitary pads kotex night wings pun dah ok tak perlu beli pad khas untuk maternity pun - lagi tak selesa adalah sebab besar sangat & ada yang bertali tu lagi tak best pakai! hoho)
13. Mummy towel
14. Mummy socks
16. Baju 2-3 helai (Button Tshirt n sweater)
17. Kain batik – 3 helai
18. Kelengkapan lain Mummy – bra, panties, shampoo, bath gel, deodorant, basic make up, facial wash, slippers, disposable nursing pad
18. Kelengkapan yg lain untuk daddy kalau dia boleh temankan di hospital macam sepersalinan baju & seluar dia semualah
19. camera + charger + phone's charger
20. Food - 3 in 1 milo or horlicks cereal + kurma + biskut + termos isi air panas + mineral water + lain-lain makanan yang sesuai

*kalau ada penambahan lain dipersilakan letak di ruangan comment ye kawan-kawan. Thank you :)




Fifth Check-up For My Baby-Baby

Rabu, 2 Mei 2012 - Kembali ke KKP3, kali ni di waktu pagi juga iaitu jam 9 pagi. Selamba je sampai klinik jam 9am walaupun the previous check-up saya dok komplen klinik tu lembab la apalah kan? But then sama je, sampai lambat ke awal ke, style perkhidmatan diorang still sama. Lembab. Juz saya tak try lagi suggestion on of readers 'Juliet' namanya yang advice saya untuk datang appointment sesi petang. Nanti lepas check-up lagi 2minggu saya try mintak tukar ke petang. Harap-harap better.

Sesi check-up untuk saya yang dah 27 minggu ni bermula dengan HB test. Drop sikit HB daripada 11.5 ke 10.9 dan telah di tanda dengan pen merah sebab reading tu bawah 11. Then, buat urine. Alhamdulillah, semua dah ok. Kali ni nurse dah takde warning saya untuk buat ujian minum air gula. Hehehe. Gembira! Berat pulak naik ke 58.4kg. Not too bad coz nurse tak ada mention apa-apa pun mengenai kenaikan berat badan ni. 

Saat mendebarkan adalah masa sesi mendengar heart-beat baby. Boleh pulak nurse tu tak jumpa heart beat baby. Haih. Rupanya baby masih dalam kedudukan songsang (breech) dan jantung dia kat atas la of course. Minggu lepas masa kat alor star pergi scan & memang nampak baby breech. Alamak, dia tak pusing lagi rupanya. But nurse kata takpelah, selagi belum 8 bulan should be ok, nanti baby akan pusing sendiri. Dalam kelegaan mendengar tu saya still nak risau jugak. So, lepas setel check-up semua saya terus plan nak call mak, tapi mak macam tau-tau je. Dia call saya dulu. Huhu. Saya pun terus tanya whether Tokwan saya masih boleh betulkan positon baby songsang tak? Saya tanya ni bukan apa, just untuk usaha je. Bukan nak suruh urut pun. Nak mintak tengok-tengokan je. Plus Tokwan saya bekas bidan, InsyAllah dia boleh cuba tolong mana yang patut. 

Setakat ni perut dok rasa keras & menegang semacam je. Mungkin ini tanda baby tengah struggle nak pusing kot. Huhuhu. Saya pun harap baby bolehlah pusing dan stay in that postition sampai keluar. Next check-up adalah lagi 2 minggu. Hopefully masa tu baby dah pusing elok dan nak tengok kedudukan uri sebab history saya sebelum ni yang Placenta Pervia Type3.

Till' next entry. 


Friday, April 20, 2012

Baby Gender - Result?


Selepas beberapa hari mencari klinik yang sesuai di area Putrajaya ni untuk buat ultrasound scan nak tengok jantina baby, akhirnya pada hari Isnin 9 April yang lepas, kami jumpa sebuah klinik yang doktornya perempuan iaitu Klinik Maria. Lega & excited rasanya. Sampai klinik tu pun dah lebih kurang jam 8.30 malam, haruslah Hari Isnin pergi lepas balik kerja kan? So, register apa bagai. Dalam 1/2jam tunggu kami pun dijemput masuk ke dalam.


Dr. Maria tanya few questions dan lepas tu saya pun di suruh baring. Daddy dan Harits Haidar tunggu di tepi katil tapi Harits semacam gelisah tengok saya kena baring kat situ. Hahaha. Protective juga si kecil ni. Then doktor pun mula menggodek2 perut saya. Tengok-tengok baby tengah mendongak ke langit. Huehuehue. Doktor godek lagi. Dia swimming & kicking happily pula, pastu doktor pun cakap tak apalah, kita amik ukuran dulu. Lepas ambil ukuran doktor cakap baby ni kecik je saiznya iaitu 21w2d if compared dengan kiraan LMP saya yang baby patutnya dah 23w3d dan berat pun baru 400g macam tu. What a small baby you are. Hehehe. Alololo comel lote ibu tu. Takpelah dalam perut kecik, nanti dah keluar membesar bagai johan ye sayang.


Then dah ukur semua, doktor usaha lagi untuk mencari tOOt dia, godek punya godek, tekan punya tekan dia pusing bagi bontot pula. Hahahaha. pastu bila dah pusing balik, nampak muka baby2 yang berdagu runcing and perut dia memenuhi skrin.


Akhirnyaa...


Jeng...


Jeng...


Jeng...



Tak nampak jugak jantina baby2 nih. Sorryyy semua...


Baby2 nak bagi ibu & daddy suprise ni. Hihihi. But it's okay baby, nanti ada scan lagi after 27weeks. Time tu IsnyAllah akan nampak. Tunggu jela ye.




Till' my next entry (yang bila rajin + ada mood baru akan mengarang. Peace)


Saturday, April 7, 2012

DEAN's FOOD SERVICES


Salam mesra semua... (Sticky post)

To Whom It May Concern,



Adik-adik bersama Mak saya yang bertindak selaku Manager (hehehe) sedang menjalankan perniagaan ketering secara kecil-kecilan. Peniagaan bermula daripada Ramadhan tahun lepas dan masih terus berjalan sehingga kini. Sebagai sebuah 'family business' yang beroperasi daripada rumah, mereka bersedia menerima tempahan bermasak untuk minimum seramai 30 pax sehingga 100-200 pax dengan harga yang AMAT berpatutan.


Promosi Bulan April -


Nasi Putih + 3 Lauk (ayam goreng/ ikan goreng, sayur, lauk berkuah) + Sambal Belacan + Buah Oren + Air Sirap = RM5.00 SAHAJA per pax








Source: Google






Lain-lain perkhidmatan:



Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Dalca Sayur + Jelatah + Papadom + Buah = RM5.00/pax





Set Nasi Ayam (Roasted Chicken) = RM4/pax



Spaghetti Bolognese = RM4.50/ pax

Bihun, Mee, Kuay Teow Goreng = RM28/ 30 pax

Karipap - 50 pcs = RM 15





Roti Jala - 100 pcs (without kuah) = RM20






Roti Jala + kuah kari ayam 100 pcs = RM45



Roti Jala + kuah durian ( bergantung kepada musim) 100pcs = RM45









Silakan melawat ke page Dean's untuk maklumat selanjutnya.

Terima kasih dan semoga anda berpuas hati :)







Friday, April 6, 2012

Pureen Warehouse Sale 2012


Source : Here


Untuk ibu-ibu, bapak-bapak dan bakal-bakal ibu-bapak. Jom kita ke warehouse sale nih jom? Berbaloi-baloi wa cakap lu ;)



Tuesday, April 3, 2012

What I Missed Most About Breastfeeding (Fully)



The fact is Harits Haidar is no longer breastfeeding fully not even at night. Starting from two or three weeks back i've to bangun malam-malam bancuh susu. Bleerghhh! Selalu turun tangga dengan mata half-closed, rambut menggerbang, bancuh susu laju-laju dan naik balik tangga laju-laju. Sometimes terjadi kecuaian-kecuaian yang tak best langsung berlaku tengah-tengah malam like susu tumpah la, puting senget la, the water too hot, terlupa kira berapa scoop dah bubuh dalam botol dan macam-macam lagilah.




But yang terpaling champion adalah pagi tadi bila mana saya dah bawak naik semua gadget untuk bancuh susu dengan perasaan bestnyaaa dah ready semua tak perlu naik turun tangga lagi. So, first session around 2.30am bila Harits Haidar berzikir tutu-tutu-tutu dengan mata terpejam within 2-3minutes dah berjaya siapkan susu dia. Yeay!




So, second time lebih kurang jam 6.15am, 'alarm clock' saya ni pun mula berbunyi ekk..ekkk..ekkk sambil menggelisah pusing kiri tak kena, kanan pun tak kena. Jadi saya pun bangunlah selepas mulut dia dok sebut tutu-tutu-tutu. Bangun pergi basuh botol dulu bekas yang diminum first session tadi & basuh dalam keadaan gelap sambil mata terkatup, then bancuh la macam biasa. Masa goncang botol tu, saya suka tutup dulu dengan penutup botol tu tapi bila dah tutup pun masih ada titisan-titisan air keluar, so saya just ketatkan jela leher botol tu. Naik balik atas tilam & sua susu kat Harits Haidar.




Sekali...




Splushh!




Habis susu tersiram ke mulut sampai ke tengkuk belakang Harits Haidar pastu baju dia pun habis basah! Ya Allah... Kesiannya anak aku. Tercungap-cungap kejap dia. Rupa-rupanya masa saya basuh botol tadi tak perasan putingnya tercicir dalam bilik air. Errrghhh! Tak best langsung insiden tu jadi masa pagi-pagi buta time kalut nak solat apa semua. Jadi saya terpaksalah tukarkan baju lain, ambik towel basah lap-lap badan dia dulu, tukar bantal & baru bagi dia susu. Time tu dia dah merengek-rengek dah macam hape. But then dia minum susu kejap je terus bangun tengok saya bersolat & mandi. Gosh! Kesian betul. Elok-elok boleh tidur nyenyak lepas menyusu tu terus dia jadi segar bugar. Tapi nasib baik jugalah pagi tadi dia tak meragam sangat masa hantar saya pergi kerja.




So, sekarang ni saya sangat rindukan saat tika Harits Haidar menggelisah kiri-kanan dan saya cuma perlu selak baju, sumbat nenen untuk dia nyotnyotnyot & tido balik peacefully. Pastu saya pun dengan senang hati boleh tidur balik bersamanya tak perlu bangun turun naik tangga & terbuat insiden-insiden yang tak best seperti di atas. Huhu.




Ini adalah salah satu sebab je, banyak lagi yang saya rindu sebenarnya. But susah nak cerita. Oklah, nak start kerja dah ni. Daaa... Uolss kerja rajin-rajin ye!