Anyway, Salam Eid Adha kepada semua umat Islam, marilah kita sama-sama berkorban apa saja di hari Mulia ini nanti. Jangan pula mengorbankan diet anda semua. Saya tidak apa, kerana saya belum mahu diet lagi. Huhuhu.
Friday, November 4, 2011
Quick Update!
Anyway, Salam Eid Adha kepada semua umat Islam, marilah kita sama-sama berkorban apa saja di hari Mulia ini nanti. Jangan pula mengorbankan diet anda semua. Saya tidak apa, kerana saya belum mahu diet lagi. Huhuhu.
Wednesday, November 2, 2011
Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?
Kesimpulannya, saya suka baca myaishah.blogspot.com sebab ia saling melengkapi. Terima kasih Aishah :)
Saturday, October 22, 2011
Cerita Setahun Sebelum - The Final Episode
Lepas mandi dah sarapan makanan hospital iaitu roti dan susu (saya sukalah susu hospital ni, sedap sampai sekarang pun masih lagi terbayang kesedapannya)
Ari-ari masih lagi sakit but takdelah rasa contraction yang kuat jadi saya buat diam jela, tanak siapa-siapa risau. Dalam pada tu tunggu husband sampai, dia SMS kata hari ni dia buatkan saya breakfast. Wow! bestnya rasa. Jarang suami masak so, bila sekali dah masak rasa best gilalah. Hehe.
Pukul 10 pada Hari Jumaat adalah Grand Visit Session oleh Ketua Jabatan, doktor pakar dan semua doktor yang ada hari itu. Sampai je kat katil saya Ketua Jabatan check report dan terus tanya pada doktor yang selalu check saya.
"Err...type two, maybe" kata doktor yang tak berapa pakar tu. Doktor perempuan yang sangat comel tapi saya dah lupa nama dia.
"What do you mean maybe? Dah berapa hari patient kat sini takkan tak ada siapa boleh confirmkan?"
Dan doktor yang tak pakar tu pun explain kat bos dia masa awal-awal admitted tu sebab apa, time scan nampak apa dan saya ada contraction but darah dah stop jadi saya just perlu bedrest je sekarang. But then bila doktor pakar tu sendiri tanya saya teruslah bagitau kat dia yang saya rasa sakit di ari-ari semenjak malam tadi and rasa mild contraction.
Teruslah beliau instruct the doctors to do further inspection on me. Saya disorong terus untuk scan. Mula-mula tak nampak PP type berapa, last-last these team of doktor pakar tak puas hati and terus buat viginal scan. Wohoohoho! Confirm Placenta Previa type 3 iaitu Uri dah hampir menutup pintu rahim! Yang tak bestnya dah start contraction di mana kepala baby dah menolak 'kakak' dia tu dan ini boleh mengakibatkan tumpah darah yang banyak macam paip pecah dan saya boleh bertemu ajal kehilangan banyak darah sekiranya baby tak dikeluarkan dengan segera.
Lepas scan dan ditolak ke katil semula baru husband boleh masuk jumpa saya, doktor yang pakar tu pun explain pada husband tentang condition saya dan dia cakap saya akan di bedah pada hari itu jugak. Lepas tu saya di suruh puasa. What? puasa? Penat je hubby buatkan scramble egg sandwich untuk saya tapi apakan daya tak sempat nak jamah bekalan yand dia bawak tu. Uwaaa...Sedih sangat :( But husand lepas tu terus call semua kesayangan kami dan bertalu-talu sms masuk berdoa untuk keselamatan saya dan baby. My PIL pun bergegas datang ke KL dari Aostaq hari itu jugak.
Saya dijadualkan untuk di bedah dengan segera, jadi dalam lebih kurang jam 12.30 macam tu nurse datang bagi mensiapkan saya untuk dibedah. Hubby dan tetamu lain semua kena tunggu luar tirai. Saya di suruh membuka semua pakaian dalam dan tukar ke baju OT yang tali kat belakang tu, lepastu nurse suruh saya baring dan dishavekan perut saya termasuklah private part sebersih-bersihnya daripada bulu. Saya pun macam pelik kenapa kena shave private part tu sekali sebab nak belah kat perut kot? Then nurse tu cakap memang ini polisi hospital. Saya pun redha jela memberikan nurse itu view yang agak "astagfirullahalazimmm" hahaha. Maaf nurse, tapi saya respect sangat tatakerja nurse! Ada dua orang nurse yang bertugas mensiapkan saya, dan diorang buat kerja sangat lemah lembut dengan suara dan muka yang manis sekali. Tabik spring kat cik nurses kita nih. Tiba masa nak masukkan urine tube yang azabnya. Perghhh! sakitnya Ya Allah. Berkali-kali nurses tu mintak maaf sebab saya asyik termengerang je (sorry but i cant help it) sebabnya mine was so kecik so, they have hard time to insert it. Weehhhhh, sakit kot rasa macam nak tendang je kau tapi sebab kau nurse yang baik terus aku matikan hasrat burukku itu. Huhuhu. Dan dalam 15minit baru berjaya masukkan, but still rasa sakit. So,setiap 10-15minit saya tanya kat husband dengan mak, bila boleh masuk OT ni? dah tak tahan ni, sakit pakai tube ni tambah dengan contraction lagi. Dorang pun ikutlah kehendak saya dan tanyalah nurses kat situ banyak-banyak kali jugak. Hehehe. Sampai nurses pun pandang tak best je kat kitorang.
Kebetulan pulak time kat wad sambil menunggu giliran terjumpa Faisal Tehrani, penulis famous yang best itu. Saya dalam sakit-sakit contraction dan sakit sebab urine tube tu sempat jugak memintak FT sign bukunya yang memang sengaja saya bawak sebagai bahan bacaan untuk tujuan bedrest sebelum ni. Dia pun cerita yang datang melawat isterinya bersalin dua hari lepas akibat PP jugak tapi time tu wife dia dah start tumpah darah semangkuk. Haihh scary dengar! Nasiblah wife and anak dia selamat dan sihat je.
Kebetulan lagi satu, kat KOSMO! Jumaat tu ada pulak pull-out section pasal Placenta Previa ni. Terus lagi semangat nak tau tentang komplikasi ni and apa kesan buruknya sebab sebelum ni tak pernah dengar pun pasal benda ni.
Then jam 3.15 or 3.30 petang macamtu nurse pun datang bagitau, its your turn. Phewww. Aik. Patutnya rasa lega coz tadi semangat-semangat nak buang urine tube ni dah habiskan operate cepat-cepat kan? tapi bila nurse dah nak sorong terus jantung ni rasa macam nak meloncat keluar masa tu jugak. Argghhhh! takutnyaaa...Phewww!Dan bila masuk kat area lobi bedah tu, mak ai pun semangat ikut masuk sekali dengan my hubby. Doktor tu terangkan semua kesan dan kemungkinan daripada pembedahan tu, termasuklah kemungkinan untuk tumpah darah, baby tak selamat dan akan selamatkan ibu dulu if ada complications or kemungkinan terjadi problem yang terpaksa doktor buang rahim. Gulp! telan air liur. Saya dan husband mentengok muka masing-masing but kami doakan agar pembedahan ini selamat and i harap hubby time tu akan terus berdoa. Then doktor tu bagi time sikit for any last words. Serius time ni rasa macam nak mati dah. Macam dah takde hari esok dah. Rasa sebak gila time mintak maaf kat mak and husband tapi control je. Muka dua orang kesayangan saya tu pun cuak je tengok, kalau anda cuak saya yang akan dibelah ni apetah lagi? Pheww lagi sekali.
Dan saya pun disorong masuk ke Operation Theatre...
Friday, October 21, 2011
Cerita Setahun Sebelum - Ep.2
Lepas makan nasi lemak yang sedap tu, husband pun pergi kerja macam biasa. Tiba waktu lawatan doktor saya senyum-senyum je cakap dah ok, dah sihat. Boleh balik rumah tak? Tak sabar nak balik rest kat rumah je. Then sebab diorang tengok saya dah macam sihat, saya dijadikan bahan eksperimen pulak untuk budak-budak Medic yang praktikal cek perut saya. Hampeh. Tiba-tiba je datang pulak tu, dahlah time tu ahkak tak pakai Bra. Demmit. Malu kot! Sib baik selak perut separuh je. Dah lepas tu, saya abiskan masa baca buku dan doa-doa apa yang patut.
Time tengah hari mak datang melawat dan lepas tu petang hubby datang lagi sekali tapi tak ingatlah dia ada bawak makanan ke dak. Huhu. Sorry shayang!
Malam tu saya tido macam biasa dan tiba-tiba rasa sakit kat bahagian bawah ari-ari macam ada benda tekan time berjalan nak pergi toilet. Haih. Dalam jam 11 malam macamtu dan kebetulan pulak lepas tu doktor datang buat round, saya cepat-cepatlah mengadu kat doktor. Bila check, kepala baby dah engaged rupanya. Tapi doktor suruh saya rilek je dulu kalau ada contraction baru cakap kat nurse.
Bersambung ke episod seterusnya dan terakhir. InsyAllah :)
Thursday, October 20, 2011
Cerita Setahun Sebelum - Ep.1
Ok, mari kita flasback - rewind ke Setahun sebelum. Versi yang tak pernah diceritakan secara details sebelum ini.
Aik, kenapakah ada darah keluar lagi? Dua hari lepas dan semalam baru lepas check kat KK and Specialist, siap scan semua kata ok je. (bicara dalam hati saja). Rasa tak sedap hati. Call mak, dia kata better balik and pergi hospital terus untuk check. Then she offer to amik me kat office but i say "Tak payahlah, along kan bawak kereta ni, nanti kereta ni macamana pulak?" and i assure her to be calm because i can still drive, tak ada rasa sakit apapun. Pastu terus call husband yang tengah bersiap-siap nak pergi kedai. "Shayang, ada spotting balik ni. I balik amik you pastu kita pergi hospital terus ye, I risaulah?" (lebih kurang macam tula ayat yang saya tuturkan) Tapi Hubby macam bebai-bebai semacam je, dia berasa tak puas hati sebab dua hari lepas berturut-turut pergi scan tapi semua normal je.
Sampai je rumah, pakai pad and amik hospital bag siap-siap dan terus shoot pergi rumah mak dulu. Saya siap bawak undies yang ada spotting itu untuk tunjuk kat mak. Tokwan saya masih tinggal bersama mak lagi masa ni, mak suruh tokwan tolong tengokkan perut saya. Dia sentuh-sentuh sikit, usap-usap sikit pastu dia buat air penawar dan suruh saya sapu muka dan perut sambil selawat dan doa agar semuannya dipermudahkan. Ini sebab tokwan tengok perut saya dah menurun ke bawah. Tanda-tanda seperti 'tak lama lagi dah ni'. Oh, wow! masa ni kalau ingat balik nervous takleh nak cakap. Berdoa jela agar semua baik-baik saja. Siap semua, mak pun ikut sekali.
Dah kat hospital saya terus kena wheeled ke labour room, tukar baju pink plus kain batik dan masuk bilik check-up untuk buat CTG to check ada contraction or not. Lama jugak duduk dalam tu. Mulut tak berhenti baca doa dan zikir-zikir. Bila nurse datang check ada mild contraction. Haih, makin risau rasa. Lepas abes CTG dalam 2jam tu, doctor suruh masuk bilik scan. Masa ni saya amik kesempatan untuk jumpa mak and hubby kat ruang menunggu and update dorang apa yang patut. Hehe. Masuk balik scan pastu dua tiga orang doktor sekali scan, rupa-rupanya bleeding sebab uri kat bawah. Phewww! Crazy jugak tu tapi time tu taktau lagi Placenta Previa type berapa. But still ada rasa contraction so, dorang sorong terus masuk labour room.
Time dalam labour room ni, dah cuak gila. Pastu doktor cucuk drip Start pukul 4petang masuk labour room. Dalam pukul 6petang Doktor datang inject kat montot ubat untuk matangkan paru-paru baby pastu lepas 2jam camtu, doktor tengok darah dah benti and doktor bagi ubat to stop the contration then check kat pad ada darah atau tak. Alhamdulillah, darah dah stop but buat pertama kalinya kena tinggal wad. Before that siap ada nurse cakap lagi, if bersalin harini dapat tarikh cantik ni, kena pulak bersalin jam 2010. Memang terbaik! (but actually saya tak ingat sangat dialognya but lebih kurang camtulah.Hehe). Saya dan husband tersenyum-senyum je but dalam hati doa agar bukanlah harini sebab baby tak cukup matang lagi sebenarnya walaupun dah kena suntik.
Dan saya pun telah di warded sebab nak suruh bedrest, jangkaan dalam tiga minggu macam tu sampailah ke week 36. Wow, lamanya kena bedrest, but redha jela. Lepas masuk dalam ward time tu tengah lapar gila, pesan kat husband Papperoni pizza. Time ni husband hantar mak balik dulu, tapi kesian mak tunggu Along lama gila. Lepas dapat makan pizza, rasa happy and malam tu tido dengan tenang je.
And the day end...Sambung ke part 2
Friday, October 14, 2011
Harits Haidar - About a Week Before Turning ONE!
Lebih kurang seminggu lagi nak cecah usia setahun si hansome kesayangan ku. Yeay! Setakat ni dah keluar enam batang gigi, dua bawah dan empat atas. Lepas dapat gigi ni, ada satu tabiat baru yang dah di develop selain mengigit nens. Tabiat itu adalah tengah-tengah elok merangkak, dia akan tukar posisi kepada meniarap secara tiba-tiba dan terus mengasah gigi atas lantai or karpet or tikar pastu dia bangun balik merangkak macam biasa. Hahaha. Sangat kelakar tapi kalau atas karpet tu tak kelakar la, kotor kot so cepat-cepatlah saya tarik dan dudukkan dia. Phew!
Lagi satu dalam car seat sekarang takde istilah duduk dalam kamus hidupnya. Berdiri je sentiasa ataupun dia akan langkah handbrake tu nak pergi duduk atas lap saya yang tengah drive. Sometimes saya mampu lagi tahan untuk biarkan dia stay dalam tu but bila dah sebelah kaki terkeluar terawang-awang saya pun terpaksalah angkat dia dudukkan atas lap and continue driving. Memang mencabar, salah di sisi undang-undang dan menakutkan but no choice. If i buckle him up mesti dia menangis dengan sangat teruk dan sangat mengasihankan. Saya jadi lemah, tak sampai hati. I wanna raise a healthy and happy baby but dengan keadaan macam ni how la that? Buntu saya fikirkan. Mungkin kena tukar car-seat yang front facing view kot, baru dia akan duduk diam sambil menghayati pemandangan jalan raya yang sesak itu. Haihhhlah anak.
Ok, mari kita sambung balik pasal development progress dia. Sekarang dah pandai sebut nama dia sendiri "Aaaish" yang kedengaran sangat comel! :) Setiap kali dia sebut macam tu, setiap kali tula rasa nak gigit-gigit je pipi dia. Geram. Hihi. Bubbling aka 'bebel' pun dah semakin banyak like "bababa" "mamama". Ringan mulut kata orang-orang tua.
Dah pandai wave bila kita say "bye-bye" and buat style flying kiss tu whenever kita cakap "emmmwahs". Comel dan bijakkkk anak ibu. (Siapa lagi nak puji right?huhu)
Emotional development pun semakin hebat. Pandai main cak-cak dengan kita pastu bila tengok kita gelak dia pun nak gelak sekali walaupun am sure dia tak paham pun apa yang digelakkan tu. Ok, Comel lagi untuk kesekian kalinya. Then adalah bila time Harits buat salah and daddy dia say "Heppp!" sambil buat muka serius terus dia diam tunduk bawah, pastu bila "Heppp!" lagi sekali terus mencebik nangis. Haha. Sensitif jugak si kecik ni, macam ibu dia jugak. Kuat menangis! ;p
Alhamdulillah semua bertambah baik dan bijak, just berjalan je still belum betul-betul ok lagi. Setakat empat lima tapak tu bolehlah but after that terus terduduk. Masih berjalan dengan bantuan dinding atau dipimpin oleh kami. Semoga genap birthday dia setahun nanti dah boleh berjalan dengan sendirinya. Aminnn :)

