Wednesday, June 22, 2011

Harits Haidar - Eight Months of Life



Alhamdulillah, pejam-celik-pejam dan celik lagi dah cecah 8 bulan Muhammad Harits Haidar. Setakat ini semuanya adalah baik-baik saja.

Hobi Baby Harits sekarang adalah tengok cerita Charlie and The Numbers and Lagu It's Today My Special day kat BabyTV. Dah mula mencapai apa sahaja benda yang ada di depannya. Mode capaian beliau sangat pantas dan padu kot, dalam sekelipan mata sahaja dia dah dapat benda yang dia nak. Sekarang kalau kat meja makan kena letak semua benda jauh-jauh dari tangan dia. Pastu kalau tak dapat capai apa-apa dia akan main tepuk-tepuk meja Berdegung-degang bunyi meja tu di tepuknya. Hihihi. Kesian dia tapi saya biar jela asalkan dia tak nangis.

Dia dah start makan dengan berselera. Yeay! and semenjak kat umah dah beli baby chair khas untuk dia lagilah senang rasa nak suap dia makan sambil tangan dia menepuk-nepuk tray tu as usual. Huhuhu. Suka sangat makan potato lenyek and cerelac. Kaedah penggulingan pun dah maju, beberapa kali dia berguling-guling sampai ke betul-betul tepi katil. Phewww! memang kena carefully monitor him bila dia atas katil. But bab meniarap sambil mara kehadapan baru mula dalam empat step macamtu semalam selepas di umpan dengan macam-macam benda. Mundur ke belakang dia tererlah. Hahaha. That means merangkak pun belum lagi. Ok ja nak, takpa ibu paham, tak semua baby akan sama development, you pelan-pelan kayuh, ok baby? Once you ready, you go ahead with meniarap, merangkak and everything.

Gigi masih tak ada, tapi aritue daddy dia kata macam nampak putih-putih kat gusi bawah dia. Entahlah, saya tak rasa and nampak apa-apa pun juz yang saya rasa adalah sakit sebab dia suka gigit nenen saya ni dengan gusi. Then menyusu sambil tengok tv pastu dia tariknya nenen saya tu sekali dengan kepala tersenget-senget nak tengok tv tu.

Makin besar makin banyak akal dan bijak tak terperi si kecik ini ye. Tak boleh orang tinggal dia sorang-sorang, musti menangis cari-cari mana pergi semua orang. Kalau saya sampai rumah mak saya and terus simpan susu ka, buat kerja lain ka, tak amik dia, mesti baby Harits akan cari-cari suara saya, bila dah nampak saya nangis terus, mintak didukung.
Pandai dah express rindu tu. Comel. Kalau time gurau senda dengan daddy pun, Baby Harits boleh tunggu bila time daddy nak geletek ketiak, dia akan siap buat style peluk tubuh untuk elak dari kena geletek tapi still nak gelak jugak terkekek-kekek. Hehe. Dalam car seat sekarang pun dah pandai dah nangis-nangis and tengok mata kita mintak simpati. Alololo... Kesian sangat tapi terpaksa keraskan hati jugalah tanak angkat dia while driving. But once kita angkat ja, automatik terus stop nangis. Letak balik dalam car-seat dia boleh sambung nangis balik. Bijak betul. Takpe saya suka, sebab dia dah menunjukkan tanda-tanda sel otak telah berhubung dengan baik. Syukur.

Oklah, that's all. Till then... Selamat bekerja rajin-rajin semua hari ni!



No comments: