My baby Harits diserang demam semenjak Jumaat malam Sabtu semalam. Punca kemungkinan dia demam memang banyak, if nak cerita satu-satu macam terpaksa pecah jadi tiga entree pulak. So, tayah la share sini biarlah saya simpan je sampai bila-bila.
Cerita tragis bermula pada hari Jumaat malam Sabtu lepas apabila saya tersangkut dalam jem bersama si kecik yang demam itu selama satu jam setengah daripada Selayang-BdrSriDamansara (usually cuma amik masa 1/2jam or 40min max). But thank God sepanjang time jammy tuh Harits tidoq ja. Maybe sebab demam kot, dia pun tak larat nak main-main and menjerit macam selalu. Sayalah yang macam nak terpatah kaki plus tercabut pinggang main clucth pada gear satu-dua saja. Phewww! Dugaan betul. Dalam kereta tu dah nangis-nangis dah sebab risau akan Harits yang demam tu. Last-last lagi 10 minit nak sampai rumah dia terbangun jugak, nasiblah time tu dah tak jammyland sangat. Saya terus menjadi racer F1 lah apalagi. Sampai rumah terus salin baju, bagi ubat and buat tepid sponging. Alhamdulillah fever dia turun sikit from 37.5 to 37.3 in 2hours time. Challenging sikit time nak tidokan si kecik ni pulak, mungkin dengan badan yang dah penat buat saya rasa nak marah sikit tapi kira oklah, percubaan untuk tidurkan ambil masa selama sejam saja.
Next day iaitu Sabtu, demam macam dah ok sikit but Harits jadi clingy tambah pulak daddy dia kerja, saya memang takleh nak buat kerja langsung, juz sempat masak nasi je. Kisah tragis bersambung pada jam 12.45 tengah hari lebih kurang...
Ia terjadi masa saya tengah nak cuba tidokan si kecik tu dalam bilik atas katil, tapi dia tanak tido pulak lepas menyusu. Pastu cubalah sambung bermain dengan harapan dia akan penat dan tido nyenyak. Tiba-tiba saya terasa haus amat, so keluarlah ke dapur kejap nak amik air. Dalam masa tak sampai seminit kot. UWAAAAAA! terdengar jeritan yang Maha kuat. Sekilat saya dah sampai ke bilik dan tengok si kecik tu dah terjelepuk kat bawah. Cepat-cepat saya angkat. Nangis kuat gila! Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Macam nak pecah jantung. Perkara yang selama ni saya takuti akhirnya terjadi jugak. Harits jatuh katil. Agak lama juga dia menangis tu. Panik saya. Saya pujuk-pujuk and cuba susukan. Syukur ya Allah, selepas menyusu dia ok siap boleh senyum lagi. Saya check jugak seluruh badan Harits manatau ada bengkak or lebam ka. Takda. Rasa syukur lagi. Dalam pada tu, saya monitor jugak dia manatau tiba-tiba nose bleed ka, muntah ka, nangis balik ka (thanks to Shazz for the tips) But semua simptom tu tak berlaku. Alhamdulillah. After i had all things under control baru call the daddy mintak dia balik awal sikit, sorry shayang. I should've been more careful. This is me - learning the hard way, as always :(
Tapi sekarang baby Harits demam balik sejak dari jam 7 malam. Sebelum tido, jam 10.30 tadi macam dah ok tapi tadi jam 2pagi suhu badan dia naik balik 37.6. Saya dah bagi ubat and latest pukul 4 tadi lepas menyusu suhu dah turun ke 36.9. Lega rasanya. Sejak jam 2pagi tadi saya berjaga, coz it,s my turn to monitor Baby Harits sambil tu saya cuba bagi dia susu banyak-banyak. Now, nak cuba tunggu sampai Subuh baru tido balik coz nak doa banyak-banyak semoga bila mentari menjelma nanti everything will be alright dan dapat menyambut Hari Ibu pada siang nanti buat pertama kali tanpa perlu melalui apa-apa peristiwa tragis lagi. Aminnnn...
p/s: Tragis kot semuanya. Drive alone dalam jammy sambil membawa baby yang demam, pastu dah baik demam jatuh katil pulak pastu demam balik. Wow! dugaan untuk menjadi SuperMom adalah sangat-sangat besar and there's more to come. Noted that, thank you :)
1 comment:
lololo bb bam bam demam eh.. demam nak besar tu ibu jgn risau eh .. jatuh katil tu agak seram jugak .. so lain kali ibu jgn tinggal bb sorang ats katil tau sbb bam bam kan dah pndai guling2 ..
happy mom day to yu .. nka jadi ibu x senang kan !
Post a Comment