Saturday, October 9, 2010

PANIC ATTACK!


Thank GOD its Saturday, bolehlah saya berehat-rehat saja di rumah harinie sebab semalam telah berlaku kejadian yang agak menakutkan dan mempanikkan - Tiba-tiba ja ada DARAH keluar!!! (saya baru ja masuk 32weeks iaitu 8bulan ok. pheww!)

Nasib baiklah ia jadi kat rumah coz saya amik cuti konon-konon nak study then Hubby pun ada rumah coz dia masuk keja lepas Jumaat. Teruslah saya ajak Hubby untuk pergi hospital padahal masa tu dia tengah siap nak gerak p solat. Before that call mak dulu, dia soh mai rumah then baru pegi hospital dengan mak n hubby. Saya pun keluar rumah sehelai sepinggang tapi sempat grab hospital beg yang dah prepare untuk baby-baby tapi barang saya? NIL. Satu hapa pun tak bawak. Panik punya pasal. Bila sampai umah mak, saya solat dulu and baca doa apa yang patut, sambil adik saya yang sangat cekap dan pantas - Cyah tolong kemaskan hospital beg untuk saya coz mak kata manatau betul-betul akan bersalin nanti. So, bawak jela semua tu untuk segala kemungkinan. Cepat ja dia packing baju, kain batik, socks, sweater and semua for me. Thanks so much sister, u are the best! and i owe you one. Lepas solat, Tokwan saya yang dulunya bidan suruh saya minum air zamzam and tengokkan perut saya, dia kata memang dah nampak menurun ke bawah macam nak bersalin. Haih. Time ni memang nerves gila-gila ok.

Sampai hospital saya kena naik terus ke dewan bersalin untuk check-up. Saya bertukar uniform ke kain hospital then kena baring coz nurse nak buat CTG semua untuk check ada contraction ke tidak and check BP. Time ni baby sangat active and perut rasa tegang je, area ari-ari pun terasa senak-senak sikit. Ish, betul ke baby nak keluar jugak harinie? Tapi dalam hati doa la banyak-banyak kalau apa-apa jadi hopefully semua akan selamat. Lepas CTG lebih kurang 45 min sambil diinterbiu doktor bout my medical history and dorang check tade contraction. Doktor soh wat ultrasound coz dia suspect uri kat bawah, thank GOD again coz bila scan semua normal and berat baby pun dah mencapai 1.9kg. Doktor tak puas hati lagi so, dia kata kena 'check bawah'. Cara check tu ala-ala pap smear, saya pun rilek2 jela coz dah pernah buat dulu tapi tiba-tiba ja macam sakit gila when the doctor masukkan lagi alat tu dalam-dalam and amik my sample darah plus mucus untuk test. Phewwwwwww!!! Tak tahulah kalau time bersalin betul-betul nanti macamana keadaanya. Huhuhu.

After setel, doktor kata ada bleeding kat pangkal rahim tapi bukan sebab baby or tanda nak bersalin. Maybe sebab saya terlalu active and pressure, so she pesan untuk banyakkan rehat dan lagi 2-3 hari darah tu akan kering sendiri. But saya still kena continue datang check-up kat hospital lagi 2minggu. Nak cakap terima kasih pada mak dan hubby yang sentiasa doa dan berada di sisi time panik-panik semalam. Actually, Hubby seems cool sangat - saya kagum dengan ketenangan beliau. Lepas je discharge saya mintak Hubby belikan air kelapa pastu mak belanja kuih donat yang sedap. Yeay!

Whatever it is, we take this as pengajaran untuk kami bersedia dengan segala kemungkinan. Kena completekan hospital beg cepat-cepat and saya akan kena bedrest je weekend ni.


3 comments:

smms said...

uit aku pun cemas membacanya .. thank god x de pe2 bad news ..lega .. bykkan rehat k .. tolong siapkan brg2 kelengkapan suma siap letak dalam keta sng ada apa emergency t. btw dah 8 bulan ea cptnya ..

nak syer 1 la iema : ms aku preggy dulu ada bleeding juga tapi sgt skit itu terjadi setiap kali aku "tut" ..adakah ko begitu juga ? xphm sila chat di ym ..ahaks

bukan siapa-siapa 17 said...

aku nk tau tutttt tu ape? eima carefull okey! :)

Zahra Al-Rasyah said...

shila - yes! will alwiz b careful after this. dan mau tau apakah 'tuttt' itu. sila PM saya atau srie. hahahaha!*evil laugh* hahahahaha lagi ;p