Sunday, October 17, 2010

Berat Mata Memandang...Berat Lagi Perut Yang Membawa


Memanglah begitu sepatutnya. Makin besar perut makin berat badan ni nak dibawa dan saya seperti tidak sedar hakikat tersebut sehinggalah tadi.


Actually semalam ada event di Times Square Hotel, kebetulan dah petang time nak abes event AJK yang handle penginapan bagitau ada banyak lagi bilik kosong and atas kebenaran Big Boss semua staff yang nak bermalam di situ dipersilakan dengan percumanya. Saya pun tergedik-gedik dalam hati ni teruslah roger hubby tanya "nak tak stay hotel malam ni?" and dia kata "terpulanglah" Yesss! meloncat saya toing! toing! menadah tangan meminta kunci bilik kepada kawan saya yang tengah bagi-bagikan bilik tu. Hahaha. Dipendekkan cerita lepas makan malam nasi lemak plus sup kambing di Jalan Doraisamy yang enak menjilat jari itu teruslah ke hotel untuk balik tido.

Tengah lepak-lepak TVing, (lepas puas saya berendam dalam hotbath ok) Hubby pun memberi cadangan untuk berjalan-jalan ke Low Yat and Sg. Wang esok sambil cari cover handphone beliau dan saya teruslah setuju. But then dia concern sangat "larat ke nak jalan-jalan nanti?" saya dengan yakinnya cakap "ok je, larat je," Macam tak sedar diri tu dah lapan bulan dan telah agak sarat perut tu.

Bila tibanya hari kejadian iaitu tadi, mula berjalan-jalan pukul 11am kat area Time Square tu pastu bergerak ke Sg. Wang dan terus ke Low Yat. Phewww! Rupanya saya dah memang sangat tak larat nak jalan banyak-banyak and berdiri lama-lama. If Hubby masuk kedai yang ada tempat duduk rasa bersyukur sangat dalam hati coz dapat duduk-duduk rilekkan kaki. Dah cuba dah motivasikan diri dengan ayat 'mind over matters' tetapi masih juga rasa kaki sangat sakit bila berjalan. But thank God jugaklah sebab tak lama sangat nak menjumpai cover handphone yang murah dan disukai oleh Hubby. By 1.30 dah berjalan balik terkedek-kedek pergi kat kete nak balik umah. Sampai je dalam kete dengan tak malunya terus angkat kaki & luruskan atas dashboard kete. Really dont care! Huhuhu. Tapi takpelah exercise kan? Orang kata kalau jalan banyak senang bersalin. Hopefully.

p/s: walaupun kesakitan kaki tapi masih juga sempat mata ni melilau-lilau melihat baju-baju cantik dan murah di Sg. Wang tadi. Siap ingatkan Hubby yang lepas pantang kena datang sini balik shopping baju for me. Ngeheeehehe.



3 comments:

smms said...

hehhe tapi i rasa kalu berjalan shoping brg bb musti kurang skit sakit .. betul byk berjalan mudah bersalin ..amin

Zahra Al-Rasyah said...

Huhuhu.taktau la akan kurang ka tak kalau shopping barang baby.skrg ni rasa berat je badan, solat pun dah dalam mode duduk je selalu.

AmyMizzunderstood said...

betul2...rasa mcm larat...tapi sebenarnya tak sampai 5 minit diri boleh mengah ok!hehehe take care babe!