Sunday, September 19, 2010

Sakan Berhari Raya Sampai Terlupa Dunia Sekejap...Eheh...I Mean Dunia Belog Oh! :)



Salam everybody... Selamat Hari Raya ke-10.

Saya sakan beraya tahun ni. Sakan sungguh! Makan pun sakan juga, tatau la next check-up macam mana perkembangan badan saya. Anyway, bukan tak jenguk langsung belog nih, jenguk je sambil blog-hopping kat belog kawan-kawan lain juz saya yang takde mood langsung nak menulis updates. Huhuhu. Oh, ya saya amik cuti raya sampai dua minggu maknanya besok sudah kena pergi kerja. Alahai...sangat malas nak menempuh jammyland besok! :(


Saya beraya di kampung hubby tahun ni dan Alhamdulillah semua ok. Perjalanan pergi balik alor star pun adalah lancar, tak stuck 10jam dalam keta kira okla tu. Huhuhu. Pastu makanan yang dimasak oleh bonda mertua semuanya tabik spring. toing! toing! toing! Sangat sedap. Start dari buka puasa dah makan yang enak-enak, pastu raya pula bertambah enak dengan lontong+gulai ayam+sambal goreng+soto asli air tangan orang Johor. Phewww! Cekang dan tegang perut tak ingat. Memang kerja memproses makanan oleh perut saya berganda-ganda rasanya. Raya disambung ke KL pada hari keempat dan seterusnya adalah agenda makan-makan je keja saya. Hihihi. Sorhiii

Ok. Done updates raya. Nak cerita pulak pasal my pregnancy, nanti lari topik pulak dari tujuan asal belog ini dicipta. Heh.

Saya dah masuk 29 minggu. WOW! sudah masuk THIRD TRIMESTER. Baby-baby pun semakin kuat membuat alunan ombak dan tendangan maut serta sikuan di perut saya. Dah nampak jelas gerakan dan aksi si 'little messi' ni timbul-timbul kat perut saya. Hubby pun suka ja layan dia dan cakap-cakap sambil kiss-kiss perut saya. Shweeetttttt sangat! Pastu, semalam masa dinner & sesi lepak bersama cik nana & cik dila, our 'little messi' telah menjadi sangat show-off. Hehe. Lagi gadis-gadis tu pegang perut saya lagi kuat dia kicking pastu siap timbul gelombang-gelombang lagi sebab baby-baby sangat aktif pusing. Semua pun teruja melihatnya termasuklah saya. Hik. Baguslah baby-baby shayang, aktif-aktif je selalu tau. Ibu suka ja tengok kamu main-main dalam perut ibu nih :)

Pastu saya sekarang tengah dalam proses menyiapkan 'hospital beg.' Weee. Nervous. Baju-baju baby semua dah basuh tinggal lampin ja yang belum basuh lagi sebab baru dapat semalam (adik saya bagi free ja sebab dia dah dapat banyak untuk anak dia) tapi banyak jugak yang takdak lagi, seperti toiletries baby, minyak-minyak baby macam minyak telon, minyak yu yee, baby oil, vicks, mitten& booties and barang-barang saya pun satu apa pun tak prepare lagi. Huhuhu.


Tapi apapun Syukur, saya gembira setakat ini my pregnancy journey molek dan elok je laluannya dan dengan rezeki tak putus-putus yang DIA telah kurniakan kepada kami. Semoga proses kelahiran nanti berjalan dengan lancar juga. InsyAllah. Oklah, saya nak out dah pergi iron baju untuk kerja besok. Nite-nite everyone!!! :)




2 comments:

smms said...

Selamat berkerja !

Zahra Al-Rasyah said...

huhu.selamat bekerja juga untuk kamu.